Saturday, 29 September 2012

Panas baran ke Cepat marah??

ASSALAMUALAIKUM...

Aku sedar aku hanya manusia biasa yang punya satu sifat tajuk kat atas tu =,= .Aku pasti korang semua pun sama jugak kan..hehehe.Tapi aku confius lah aku ni panas baran ke cepat marah ker? Aduyai.. Aku rasa panas baran tu lagi teruk kot?? So untuk memastikan beza antara panas baran dan cepat marah ni aku dengan semangat search google =D Finally jumpa jugak.Maklumlah maklumat dihujung jari kan ..
Antara yang aku terbaca ialah .........

Adakah semua orang memiliki sifat panas baran? 
Sifat pemarah adalah suatu emosi manusia normal. Namun ia bergantung kepada setiap individu yang menterjemahkan rasa marah masing-masing. 

Siapa lebih cepat marah? Lelaki atau perempuan? 
Tiada data yang menunjukkan sama ada lelaki atau perempuan lebih cepat marah. Namun, daripada pandangan saya, lelaki lebih rendah daya toleransi menyebabkan mereka dilihat lebih mudah mengekspresikan sifat marah. 

Punca Panas Baran 
# Perilaku agresif # Gejala sosial # Emosi # Masalah kewangan/ keluarga # Ego # Tekanan perasaan # Faktor didikan # Bebanan kerja # Faktor persekitaran 

Langkah terbaik menangani sifat panas baran? 
Kita boleh cuba memberikan sudut pandangan positif tanpa sesekali menimbulkan kemarahan. Buat individu panas baran sendiri, bawalah bertenang dan cuba mengawal perasaan marah daripada dalam diri dan tarik nafas dan cuba tenangkan diri perlahan-lahan. 

Okeylah setelah baca semua ni baru aku faham panas baran tu adalah sifat pemarah ^_^ hehehe.
Sebenarnya tadi aku tergaduh dengan adik aku.Tergaduh ok bukan sengaja gaduh.Yerlah kenapa dia suka cari pasal dengan.Akibatnya tak pasal-pasal aku cubit dia,hehehe.Rasa sebersalah pulak sebab aku rasa aku cubit dia kuat.Kalau tak takkan dia urut lengan dia tu...

Puncanya aku rasa tak besar mana pun tapi aku jer yang lebih-lebih kotttt....Kesian kat adik LELAKI aku :'( 
Apa-apapun aku akan cuba kawal perasaan aku ni =D Bila fikir balik kesian dekat semua adik-adik aku,hihihi.Maklumlah banyak sangat adik sebab tulah cepat marah jer..Tension terlebih tapi kalau tak ada dorang sunyi pulak bila duduk rumah..

Yang penting aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang ni.Memang aku tak nampak kebaikan ada adik-beradik ramai ni tapi melalui apa yang aku nampak semuanya menjurus ke arah positif =D Alhamdulillah....

No comments:

Post a Comment