Tuesday, 1 January 2013

Tahun Baru,Azam Baru =D

ASSALAMUALAIKUM...

Hai semua *mukaceria =D hari ini tahun baru pun sudah bermula so mesti anda semua azam baru kan?
hermm semalam sepupu aku sambut tahun baru dekat i-city,aku sambut kat rumah jer.Tengok konsert dekat depan tv jer,hehehehehe.Duduk rumah pun best apa =D dapat jugak tengok bunga api tapi kat tv jer lah..

Apa azam baru aku?hermm macam-macamlah .Maklumlah sekarang ni aku duduk rumah je tolong-tolong umi buat jaga adik-adik,hehehehe.Insyaallah aku nak kerja dekat tempat akak aku jadi babysitter..wow unbelievible .hahahaha So salah satu apa yang aku bagitau sebelum ni akan jadi kenyataan .

Buat masa ni aku tunggu greenlight daripada akak aku jer sebab ayah aku kasi aku kerja tapi kerja ngan akak aku je,kat tempat lain tak boleh.Lagipun kalau nak kerja jauh-jauh susah sebab takde transport ^_^
salah satu azam aku kalau boleh aku nak amik lesen kereta,cuma kena kerja dululah kan,kalau tak macam mana nak buat lesen.Lesen motor??tak nak lah aku dah trauma semenjak excident dulu.

Seterusnya, aku nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU kepada kawan-kawan rapat aku Haliza,Yang,Ainnur,Sarah,Hazmi,Naqibah,Seri,Ain,Hazirah,Afiqah,Balqis dan sesiapa yang mengenali aku :) serius aku pasti rindu kat korang semua :'( maaflah kalau ada yang aku lupa sebut nama,hehehehehe..tak lupa juga kepada TTM aku.Awak saya harap awak bahagia sekarang ni,walaupun saya tahu saya banyak sakitkan hati awak.Saya cuma mahu awak hidup ceria ,memang sekarang ni kita jarang jumpa dan mungkin kita susah nak jumpa lepasni tapi saya harap awak fokus dengan study awak tu,saya doakan kejayaan awak =D

Aku bahagia berada di samping umi&abi serta adik-beradik aku yang menyakitkan hati,hahahaha..eh tak lah adik-adik yang aku sayang walaupun aku ni selalu je marah dorang,maklumlah marah kan tandanya sayang <3 hermmm tu jer kot ucapan aku... Akhir sekali masuk tahun baru ni aku akan cuba memperbaiki diri aku dengan menjadi lebih baik,maklumlah kita semua hanya manusia biasa pasti takkan lepas dari buat kesalahan kan? Sekian . .... ...

No comments:

Post a Comment