Saturday, 9 March 2013

Hijrah


Baru aku sedar sekarang ni nak buat benda baik banyak sangat halangan dia,tapi yang tak elok senang jer.Alhamdulillah sekarang ni aku cuba jadi orang yang lebih baik.Eh bukan bermaksud sebelum ni aku jahat ke apa.Aku cuba belajar pakai stoking bila keluar pergi mana-mana jer.Bukan susah pun cuma pemilihan kasut yang tak boleh terselit kat ibu jari,hehehehe.So sekarang aku nak beli kasut baru,inner dan hand sock.Kalau nak pakai stoking tu aku rasa tak susah sebab dulu pergi sekolah,aku rasa semua orang pakai stoking kan?hehehehe.

Macam mana aku boleh nak berubah semua ni?Hermmm aku pun tak tahu,cuma hati aku rasa cemburu tengok orang sekeliling aku pakai tudung labuh semua tu,Tapi dorang pandai berfesyen jer.So aku dah niat nak berubah walaupun sebab cemburu dengan orang lain tapi bila fikir balik aku buat ni hanya kerana ALLAH.Aku akan cuba sedaya upaya untuk jaga aurat aku lepasni :) Doakan yer . . .

Aku ingat lagi masa pertama kali aku mula pakai stoking ni.Orang pertama yang macam tak suka ialah KAKAK aku sendiri.Korang bayangkanlah darah daging sendiri boleh cakap macam ni "eh mira sejak bila kau pakai stoking ni?" masa tu tuhan saja yang tahu.Sedih gilerr masa tu.Nasib baik ada orang backup aku time akak aku tegur tu,hehehehe :) itu baru sikit jer,lepasni aku pasti banyak lagi ujian yang bakal aku lalui.



No comments:

Post a Comment