Wednesday, 20 August 2014

Berani hadapi kenyataan ...




Sampai bila aku mahu terus mengelak dari semua orang sedangkan aku tahu aku tak boleh. Aku tahu aku bukannya kuat mana walaupun aku susah nak nangis tapi tolonglah jaga sikit hati aku ni,aku gembira tengok korang semua happy. Kawan mana yang tak mahu tengok kawan dia berjaya kan ??

Pada mulanya aku memang nak mengelak dari bagitahu upu aku tu sampaikan kalau boleh aku tak nak beraya rumah cikgu sebab takut cikgu tanya,ermm actually sebab malu rasanya :D hee tapi bila fikir balik buat apa nak malu sedangkan ramai lagi orang yang sama nasib macam aku ni .. Aku berani nak pergi pun sebab aku ni memang suka berjalan,bila aku siap-siap mak aku pelik sebab ingatkan aku mogok taknak keluar rumah,hahahaha.

Aku terkejut bila tiba-tiba jer abg sepupu aku mcg aku, guess what? aku dapat agak soalan apa yang bakal di tanya nanti :D tapi nasib baiklah fon aku takde kredit tapi malangnya aku ter ON fb pulak,ehh memang nak on pun tapi tak sangka sampai kat fb pun abg sepupu aku tu nak tanya gak so aku tak dapat nak lari mana sedangkan tak face to face pun rasa gerun.. Tapi aku lega bila dah lama chat dengan abg sepupu aku tu rasa seronok plak,dia banyak bagi galakan and sokongan #samaje. Banyak sangat kitorang sembang pagi-pagi buta ni,perkongsian cerita mengenai 2nd intake, 3rd dengan 4th pun ada tau bukan main lagi ..

Abg sepupu aku ni ada share sikit cerita dekat aku,mana tahu boleh jadi teladan untuk aku dengan orang yang baca blog aku ni. Kisahnya macam ni .................................

Mcm ade sorg pensyarah abg
Time tu ktorg gi rumah kebajikan d dungun
umah kebajikan ni ade doc n ade nurse.. Mcm hosp. Tp khas utk org tua n org muda yg sakit yg dhantar utk djaga
Ade sorg tu muda lg umur 28 tahun
Die de sakit saraf, jd lumpuh
Doc abg ckp.. Kalau kamu kene ulang paper 1sem, jgn sedih.. Cuba kamu tya psakit ni..kalau die dberi pilihan die boleh sembuh sepenuhnya tp syaratnya kene repeat 8semester, die sanggup x? Sy jamin die msti sanggup.. Org lain ade lg susah drp kita.. Kalu kita tgk apa ada pd kita, byk yg kita tlupa nk bsyukur
Wlupun amira x dpt 1st intake.. Amira still jge aurat, jge solat.. Allah jaga mira.. Ade org yg hidup terabai wlupun pandai..

Seriously bila aku baca, aku rasa bersyukur sangat dengan apa yang aku ada ni. Masih sihat tubuh badan,ada ibu bapa dengan sahabat dan yang paling penting ada Allah. Apa lagi yang tak cukup mira,sedarlah sikit :'( 

Diwajibkan ke atasmu berperang, walaupun kamu tidak menyukainya. Boleh jadi kamu bencikan sesuatu,padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu sukakan sesuatu, tetapi ia tidak baik buatmu, Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui. Surah Al-Baqarah ayat 216

No comments:

Post a Comment