Monday, 7 September 2015

Bila demam mula terfikir sebab apa? tak makan ke ? banyak sangat fikir ke?
Banyak benda aku nak fikir as a student ..
bila umur meningkat makin berat dugaan yang menimpa, sampai kita rasa tak mampu nak hadap semuanya.
Kita cuma perlu kuat nak hadapi semua dugaan yang bagi kita berat
dan hanya kita sahaja yang faham..
Orang lain takkan faham sebab mereka tak berada di tempat kita.
Banyak hati yang perlu aku jaga termasuk insan yang aku sangat sayang.
Bagi aku ibu bapa adalah segalanya, apa yang aku buat kena ada redha mereka.
Tapi bila melibatkan kehendak atau kemahuan diri patut ke aku ketepikan mereka?

Fikir semua benda sampai sakit kepala aku dan terus demam.
Masa itu aku nampak ummi aku sangat risau. Macam mana aku boleh ego :'(
fikirkan semua benda seorang diri padahal mereka selalu ada untuk mendengar segala
masalah atau luahan hati anak mereka.

Ya Allah semua yang berlaku ada hikmahnya. Jangan mudah menyerah kalah. Andai ia tidak memihak pada kemahuan, aku perlu terima.
Semoga di permudahkan segala urusan.
Ameenn :)

No comments:

Post a Comment