Friday, 26 December 2014

Kerana Allah sayang

Sebab Allah sayang, kita diberi ujian yang kadang-kadang kita rasa tak dapat nak pikul sedangkan setiap ujian yang dia bagi mengikut kemampuan kita. Jangan sesekali kita mengeluh walau seberat mana ujian yang kita dapat, kerana Allah nak lihat sama ada kita makin jauh ke tidak denganNya atau sebaliknya bila diberi sesuatu ujian. Banjir yang berlaku di pantai timur sangat menginsafkan diri aku. Dulu kalau musim banjir akhir tahun, bagi aku biasa je sebab memang setiap hujung tahun musim tengkujuh. Cuma tahun ni banjir ni agak dahsyat. Semoga mangsa serta ahli keluarga tabah menghadapi ujian ini ... aminnn

No comments:

Post a Comment