Hermmm alhamdulillah diberi kesempatan untuk terus bernyawa lagi. Sempena tahun baru ni,banyak benda yang berubah.. Aku cuba menjadi muslimah yang sejati.. Maklumlah takda manusia yang sempurna di muka bumi ni tapi kita boleh perbaiki diri kita .. Sejak sambung belajar ni, aku agak busy . Tak sempat nak update blog walhal aku suka sangat menulis.. Aku memang tak reti nak bercerita face to face dengan orang sebab tu aku gunakan blog ni untuk melepaskan apa sahaja cerita yang wajar dikongsikan ...
Baru-baru ni roommates buat surprise birthday aku. Taulah seminggu tak jumpa an. Aku sangat terharu sampai tak terkata,bila masa pula akak- akak bilik ni plan aku tak dapat agak pun,hihihi ..
Sekarang aku nampak hikmahnya, Allah dah rancang cantik je perjalanan hidup aku. Aku rasa bersyukur dengan apa yang aku dapat sekarang ni. . Dapat mengenali roommates dan classmates yang sangat sangat terbaiklah bagi aku =) harap lepasni semua urusan berjalan dengan lancar . ..
No comments:
Post a Comment